Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG

SMAKT – Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Bersijil 2017 tajaan Yayasan Pahang telah berjaya diadakan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Majlis telah bermula seawal jam 8.15 pagi dan diadakan di Dataran Al-Muttaqin. Hadiah kecemerlangan ini telah disampaikan oleh tuan pengetua SMAKT iaitu Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail.

Sasaran penerima hadiah cemerlang ini terdiri daripada 63 orang pelajar Mumtaz dari peperiksaan SMA, 3 orang pelajar 10A dari peperiksaan SPM dan seorang pelajar Mumtaz 9A dari peperiksaan STAM. 

Jenis hadiah yang diterima adalah berupa sejumlah wang, yang mana bagi peperiksan bersijil SMA dan SPM mereka telah menerima sejumlah wang sebanyak RM250 seorang. Manakala bagi peperiksaan bersijil STAM menerima sejumlah wang sebanyak RM300. Tahniah kepada semua penerima hadiah cemerlang 2017.

Tag: smakt 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini