Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

GERAK GEMPUR SPM 2019

Seramai 176 orang pelajar di sekolah ini sedang giat menjalankan pelbagai insiatif bagi meningkatkan pencapaian peperiksaan SPM 2019. Antara program yang dijalankan adalah Gerak Gempur SPM. Program ini telah bermula dari 23 September dan akan berakhir pada 25 Oktober 2019. 

Ia bertujuan untuk membimbing pelajar mengenai teknik untuk menjawab soalan dengan betul dan menepati kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Selain itu, ia juga merupakan persiapan mental dan fizikal untuk pelajar menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. 

Pelajar-pelajar juga telah diberikan soalan-soalan peperiksaan yang telah dikeluarkan dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan soalan-soalan dari JPN seluruh Negara untuk membiasakan calon-calon SPM menjawab soalan-soalan yang bakal  mereka terima semasa peperiksaan SPM nanti.

Sama-samalah kita berdoa agar pelajar-pelajar tingkatan 5 pada tahun ini akan beroleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Tag: 2019 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini