Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PELEPASAN KONTINJEN DARI SMAKT KE MAJLIS SUKAN DAN ILMIAH SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI PAHANG (MASISUPA) KALI KE-42 DI PERINGKAT NEGERI

SMAKT / 23 APRIL 2026 / KHAMIS / 05 ZULKAEDAH / 1447H


Majlis pelepasan para kontinjen ke Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke-42 di Peringkat Negeri telah berlangsung pada pagi ini dalam suasana yang meriah dan penuh semangat. 

Seramai 76 orang kontinjen dari SMAKT yang terpilih mewakili Zon 3 beserta guru pengiring telah berlepas ke Pekan Pahang. Acara pertandingan ini akan berlangsung dari 23hb hingga 26hb April 2026.

Untuk para kontinjen semoga dapat berikan yang terbaik dan fokus pada matlamat, kerana setiap usaha gigih pasti membuahkan hasil. Percaya pada kebolehan diri dan kekalkan semangat juang yang membara di lapangan. Apa pun hasilnya, keberanian untuk bertanding sudah menjadikan anda pemenang!.  

"Pergi Penuh Harapan, Pulang Membawa Kejayaan"

Tag: 2026 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini