Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KARNIVAL KO-FALAK SMAN BIL. 5/ 2019

Karnival Ko-Falak SMAN Bil. 5/ 2019 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang kerjasama dengan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Karnival ini telah diadakan pada 18 Julai 2019 (Khamis) bersamaan 15 Zulkaedah 1440H yang lalu. Karnival Ko-Falak telah berlangsung selama 1 hari dan telah bermula seawal jam 8 pagi sehingga tengah malam. 

Terdapat 4 slot yang telah disediakan semasa karnival tersebut antaranya ceramah asas falak yang bertajuk Waktu Solat & Arah Kiblat Dan Bumi Sfera Daripada Aspek Kacamata Astronomi & Falak. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Ahmad Irfan Ahmad Ikhmal Hisham, Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang. Kemudian Encik Shahrin Ahmad dari Falak Online telah mengambil alih slot seterusnya untuk menyampaikan ceramah tentang pengalamannya mencerap gerhana dan arora. Seterusnya taklimat kaedah penentuan arah kiblat oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang.  Slot terakhir pula adalah taklimat mencerap planet zuhal & musytari yang disampaikan oleh Encik Shahrin Ahmad.

Karnival Ko-Falak SMAN Bil. 5/ 2019 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang telah dirasmikan oleh wakil Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang iaitu Ustaz Shaharudin bin Haji Muhammad Nor selaku Ketua Penolong Mufti bahagian Falak.

Penghargaan yang tidak terhingga khususnya buat Jabatan Mufti Negeri Pahang, para urusetia, guru-guru, AJK pelajar dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan karnival ini berjalan lancar.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini