Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KUNJUNGAN UKHWAH TUAN PENGETUA SMAKT

SMAKT - Pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jamadilakhir(1439)H, pihak sekolah telah menerima kunjungan ukhwah buat kali pertama bersama guru-guru daripada pengetua baru iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail. Kedatangan beliau telah diringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, AMP.

Beliau akan menggantikan mantan pengetua SMAKT iaitu Tuan Haji Mohamed Anuar Bin Abdul Rahman, AMP yang telahpun bersara pada 9 Mei 2017 bersamaan 12 Sya’aban (1438)H yang lalu.

Kehadiran beiau yang sememangnya ditunggu-tunggu telah disambut dengan sederhana dan penuh kesyukuran. Sesi taaruf/ suai kenal ini telah diadakan di bilik mesyuarat pada pukul 10.30am. 

Dalam ucapan ringkasnya, Ustaz Zaidi telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JAIP kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dan berharap agar semua guru-guru dapat bekerjasama bagi meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan yang telah dibina di SMAKT. 

Tag: 2018 smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini