Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 2019

Bengkel matapelajaran Bahasa Melayu SPM telah berjaya dilaksanakan di dewan Al-Abqori pada 3 Ogos 2019 (Sabtu). Sasaran utama bengkel ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di dalam subjek Bahasa Melayu SPM. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah membina karangan dengan baik mengikut standard SPM yang telah ditetapkan.

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Cikgu Ahmad Nizar bin Kamaruddin dari SMA Hwa Lian.

Tag: 2019 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini