Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎... PERGINYA SEBUTIR MUTIARA

SMAKT
6 Mac 2018
Selasa
12.21 tengah hari
 

Tanggal 6 Mac 2018 bersamaan 18 Jamadilakhir 1439H, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah kehilangan seorang pemimpin, rakan seperjuangan dan seorang guru yang begitu dekat di hati warga Al-Khairiah. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Sofian Bin Sulaiman. 

Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 12.21 tengah hari di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang akibat dari kompilasi sakit buah pinggang. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Bangau Tanjung selepas solat asar.

Beliau juga pernah berkhidmat di SMA Al-Wosto dan SMA Al-Falah Batu Talam Raub. Pada 16 Disember 2015 beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri di sekolah yang pernah beliau berkhidmat  pada tahun 1988 iaitu di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah sebagai GPK Pentadbiran & Kurikulum. 

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tag: 2018 Cikgu Sofian Dalam Kenangan smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini