PROGRAM BICARA FIQH WANITA 2018
SMAKT – Satu program bicara fiqh wanita bertajuk Haid dan Permasalahan di bawah anjuran Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) telah berjaya diadakan pada sebelah petang 5 September 2018 (Rabu) yang lalu. Program ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori.
Program ini telah disertai oleh pelajar perempuan dari tingkatan 2 sahaja. Ustazah Zuraina bt Zulkarnine dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah bt Azieh merupakan penceramah jemputan untuk program ini.
Program ini telah disertai oleh pelajar perempuan dari tingkatan 2 sahaja. Ustazah Zuraina bt Zulkarnine dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah bt Azieh merupakan penceramah jemputan untuk program ini.
Objektif utama bicara fiqh wanita ini diadakan adalah sebagai satu usaha untuk memberi kefahaman secara teori dan praktikal berkaitan haid di kalangan wanita khususnya di kalangan pelajar perempuan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi panduan cara menguruskan dan menjaga kebersihan diri sepanjang dalam tempoh haid serta dapat merungkai permasalahan haid di kalangan pelajar.
0 komen