Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LADAP SIRI 2 (OUTDOOR AKTIVITIES)

Latihan Dalam  Perkhidmatan (LADAP) adalah untuk merangka aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk guru agar sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran dalam pendidikan alaf 21. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan amat besar dan penting dalam merealisasikan kecemerlangan para pelajar.
 
Justeru itu, pada tarikh 6 April 2019 yang lalu, guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berpeluang menjalani kursus LADAP siri 2 (Outdoor Aktivities) di Sanctuary Kelah dan Lata Berkoh, Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Ia bertujuan untuk membangunkan dan meningkatkan intelektual, jati diri, kemahiran dan nilai seorang guru.

Ini adalah merupakan pengalaman indah yang tidak mampu dilupakan oleh semua peserta LADAP 2019.

Tag: 2019 ladap

1 komen

Nazarul

2020-02-11 03:01:51 UTC

Terima kasih kerana sudi berprogram di tempat kami. Mohon bantuan tuan untuk pembaca yang membaca artikel ini melawat laman web kami di www.tamannegara2u.com

Sila berikan komen anda di sini