Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN TINGKATAN 1 SESI 2020

Hari pendaftaran pelajar rayuan tingkatan 1 sesi 2020 telah dilaksanakan pada 6 Januari 2020 (Isnin) yang lalu di Dewan STAM. Pendaftaran ini telah dilaksanakan melalui sistem online yang dilakukan oleh guru-guru yang bertugas. 

Seramai 50 orang pelajar telah mendaftar ke tingkatan satu di sekolah ini. Proses pendaftaran  telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.00 pagi. Jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2020 adalah seramai 216 orang.

Tag: 2020 Pendaftaran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini