PERTUKARAN PUAN NOR SHUHADA BINTI ISMAIL

SMAKT, 6 April 2018: Berakhirlah sudah perkhidmatan Puan Nor Shuhada Binti Ismail yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan (W19) selama 2 tahun di SMAKT.

Ini kerana beliau akan bertukar ke Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang sebagai Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (W22). 

Dengan ini, kami dari pihak warga SMAKT ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan selama puan berada di sini dan semoga mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di tempat baru.

Jasamu tetap dikenang sepanjang hayat.

Tag: 2018 perpisahan