Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEM KEPIMPINAN SMA AL-KHAIRIAH TAHUN 2018

SMAKT - Seramai 99 orang pelajar yang terdiri daripada 79 orang pengawas dan 20 orang exco asrama telah mengikuti Kem Kepimpinan SMA Al-Khairiah di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Seri Tualang Temerloh Pahang. Kem kali ini telah dikendalikan oleh Pakar Perunding Motivasi iaitu Ustazah Nur Hanisah Binti Datuk Nor Afandi daripada Syarikat Aura Imtiyaz Training & Consultancy.

Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani. Ia juga bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan yang berketerampilan serta mampu menjadi contoh serta model kepada pelajar lain.

Semoga dengan berakhirnya kem ini ianya dapat memberi impak yang sangat baik kepada barisan kepimpinan pelajar SMAKT dan seterusnya dapat melahirkan pemimpin yang beriman kepada Allah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.

 Antara pengisian dalam program tersebut:
Hari pertama (Jumaat):
  • Ice breaking & LDK 1 
  • Bacaan Surah Al-Mulk
 

Hari kedua (Sabtu):
  • Qiamullail
  • Solat Subuh
  • Tazkirah ( Rasulullah qudwah pemimpin terulung)
  • Kawad pagi
  • Solat Dhuha
  • Team building 1
  • Team building 2
  • Solat Zohor
  • Take Charge!! Team Up!!
  • Solat Asar & Ma’thurat
  • Public Speaking (Berani kerana benar)
  • Solat & Kuliah Maghrib (Rahsia lahirnya Al-Fateh)
  • Akademik VS Jawatan – Peluang atau cabaran?
 

Hari ketiga (Ahad):
  • Qiamullail
  • Solat Subuh
  • Public Speaking 2 (Amanah sebagai pemimpin)
  • 6 Thinking Hats (Pengurusan masa & Pengurusan mesyuarat)
  • 7 Formula kepimpinan Al-Fateh
  • Majlis Penutup 
  • Sesi Fotografi
  • Bersurai

Tag: 2018 smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini