Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PERTANDINGAN BOWLING PELAJAR TAHFIZ PEREMPUAN

26 Julai 2017, Rabu:  Satu acara pertandingan bowling Anjuran Kelas Tahfiz SMAKT telah berjaya diadakan  di Star Mall Mentakab. Seramai 29 orang peserta tingkatan 1 dan 2 yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja telah menyertai pertandingan tersebut. Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru pengiring ke acara tersebut. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 7 petang. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustazah Halimahtul Sha’adiah Binti Shamsuddin. Manakala pengacara pada pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Sanizam Bin Amyah.

Objektif utama acara pertandingan bowling ini adalah sebagai ganjaran kepada pelajar-pelajar yang telah bertungkus lumus menghafaz Al-Quran mengikut target yang telah ditetapkan. Selain itu ia juga sebagai aktiviti riadah di waktu senggang mereka untuk menyegarkan badan dan merehatkan minda agar lebih bertenaga dan tenang.

Diharapkan agar aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama mereka serta menanamkan semangat untuk lebih bersedia dalam menuntut ilmu. 

Tag: Tahfiz Aktiviti smakt Pertandingan Bowling

0 komen

Sila berikan komen anda di sini