Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAKLIMAT PERLAKSANAAN MS ISO 9001:2015

SMAKT – Satu Taklimat Perlaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang dibawah anjuran Jabatan Agama Islam Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Abqori SMAKT. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Dokumen ISO JAIP iaitu Encik Syed Ana Ruhiza’at Bin Syed Alwi dan Pengetua SMA Al-Khairiah iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail.

Seramai 180 orang peserta telah menyertainya. Mereka terdiri dari kalangan guru-guru dari tiga buah sekolah iaitu SMA Al-Khairiah, SMA Maran dan SMA Pelangai. Taklimat ini telah bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5 petang pada 12 April 2018 (Khamis) yang lalu. 

 MS ISO 9001:2015 adalah merupakan satu standard bertulis yang menetapkan keperluan asas kehendak dan kepuasan pelanggan dan stake holder (pihak berkepentingan).  

Tag: 2018 MS ISO 9001:2015 smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini