Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KONPIP KALI KE-16 TAHUN 2018

SMAKT – Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke-16 tahun 2018 telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 13 hingga 15 April 2018 yang lalu. Seramai 5 orang pelajar wakil dari Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) sekolah ini telah menyertai program tersebut. 

Program tahunan yang telah berjaya menghimpunkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang ini adalah di bawah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama (Permai). Pada tahun ini Sekolah Menengah Agama Al-Wosto pula telah dipilih sebagai tuan rumah.

Diharap semua pelajar-pelajar yang menghadiri program ini telah memperoleh manfaat yang sangat berguna hasil dari program tersebut.

Wakil pelajar dari SMAKT yang menghadiri program tersebut ialah:
·         Ahmad Iqbal Bin Azman
·         Amirullah Bin Zeheri
·         Ainur Irdina Binti Azerun
·         Nurliyana Batrisyia Binti Suhaimi
·         Nurmasyitah Binti Radhowan

 

Tag: 2018 KONPIP

0 komen

Sila berikan komen anda di sini