Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 2018

2 Januari 2018, Selasa: Hari Orientasi Tingkatan Satu sesi 2018 telah berjaya diadakan selama 2 hari bermula dari 2 sehingga 3 Januari. Seramai 252 orang pelajar telah menyertai orientasi pada kali ini. 

Hari Orientasi ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi perubahan hari pertama di dalam keadaan transisi dari pendidikan sekolah rendah ke pendidikan sekolah menengah. Ia juga bertujuan untuk menyesuaikan pelajar-pelajar dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.

Pelbagai aktiviti telah diatur untuk Hari Orientasi.  Aktivitinya merangkumi sesi suai kenal bersama–sama barisan guru kelas, taklimat daripada setiap unit iaitu unit kurikulum, unit hal ehwal murid & unit kokurikulum. Kemudian pelajar diberikan penerangan berkaitan skim pinjaman buku teks, perjalanan kelas komputer dan yang paling utama adalah taklimat disiplin. 

Selepas selesai sesi pendaftaran bagi pelajar rayuan pada hari kedua, para pelajar telah diberikan penerangan berkaitan dengan perjalanan kelas Tahfiz. Mereka juga telah diberikan borang sekiranya berminat untuk menjalani saringan bagi mengikuti kelas Tahfiz di SMAKT.

Para pelajar juga telah dibekalkan beberapa lirik lagu yang akan dimainkan sewaktu perhimpunan pagi seperti lagu sekolah dan lain – lain lagi. Semoga perjalanan pelajar –pelajar baru lebih berdaya saing  dalam menempa kecemerlangan kelak.

Tag: 2018 smakt Hari Orientasi Tingkatan 1 2018 Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini