PEMBANGUNAN SURAU AL-HIDAYAH SMAKT
9 Ogos 2017, Rabu: Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Hidayah SMAKT buat kali pertama telah berjaya diadakan. Mesyuarat ini telah dimulakan pada pukul 3.30 petang dengan menerima kehadiran Jawatankuasa Induk PIBG, Jawatankuasa Induk Alumni dan golongan profesional yang akan menjadi tunjang utama kepada pembinaan surau tersebut.
Keputusan daripada Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat tersebut adalah sangat positif iaitu bercadang akan membina sebuah surau baru setinggi 2 tingkat yang berkapasiti dapat memuatkan lebih kurang 800 orang pelajar dalam satu masa.
Jawatankuasa akan bergerak serta merta dengan membuat satu struktur plan baru yang dijangka akan dapat disiapkan pada Isnin minggu hadapan. Dengan adanya pelan yang baru Insha Allah surau sekolah SMAKT akan mula dibina.

Harapan kami warga SMAKT kepada Jawatankuasa Induk PIBG agar segala operasi pembinaan akan dapat berjalan dan terlaksana dengan jayanya dan berkualiti. Doakan yang terbaik untuk usaha murni ini.
0 komen