Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TEORI DAN PRAKTIKAL SOLAT JENAZAH

SMAKT, 8 Mac 2020: BADIB telah berjaya menganjurkan satu program berkaitan Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah bagi semua pelajar lelaki dari tingkatan satu hingga 5. Program ini telah diadakan pada pukul 9.00 am hingga 12.00 pm di Dewan Al-Abqari. 

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi cara pengurusan jenazah yang teratur dan sempurna dan juga untuk mendalami ilmu fardhu kifayah dengan lebih mendalam lagi. 

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah ceramah, cara memandikan jenazah, cara mengkafankan jenazah dan cara menyembahyangkan jenazah. Semoga semua pelajar akan beroleh manfaat dari ilmu yang diperolehi.

Tag: 2020 BADIB

1 komen

Ahmad

2024-02-20 07:45:26 UTC

Untuk nota

Sila berikan komen anda di sini