Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LADAP SIRI 2 (INDOOR)

SMAKT - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 2 bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada 6 April 2019 (Sabtu) yang lalu. Kursus ini telah diadakan di Asia Camp Resort, Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut Pahang. 

Bagi siri LADAP kali ini, pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang iaitu Encik Saruchi bin Sawal, AMP. Ceramah yang disampaikan bertajuk “Murabbi Sejati: Akrab Integriti Diri” (Kerja: Tanggungjawab Atau Ibadah).

Objektif LADAP ini diadakan antaranya adalah untuk menjana potensi kecemerlangan diri, untuk menerapkan budaya kerja cemerlang dan untuk menguruskan masa yang lebih berkualiti.

“ Tidak mungkin anda tertakdir menjadi guru oleh Allah SWT melainkan anda mempunyai sesuatu aset dan kelebihan yang tersendiri sama ada secara anda sedar atau tidak. Hanya insan terpilih sahaja yang ditakdirkan untuk menjadi guru”.

Tag: 2019 ladap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini