Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL PEMANTAPAN MATAPELAJARAN SEJARAH SPM 2019

Bengkel Pemantapan Matapelajaran Sejarah SPM telah berjaya dilaksanakan di Dewan Asrama Luar SMAKT pada 27 Ogos 2019 (Selasa) yang lalu. Seramai 102 orang pelajar dari beberapa buah sekolah SMAN (SMAKT, SMA Al-Wosto, SMA Guai, SMA Darunnaim) telah menyertai bengkel ini. Sasaran utama adalah kepada pelajar-pelajar potensi dari gagal kepada lulus. 
 
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mencapai sifar gagal bagi matapelajaran sejarah SPM. Aktiviti berbentuk bengkel telah dijalankan pada hari tersebut.
 
Guru-guru yang turut sama hadir pada hari tersebut adalah dari SMAKT (2 orang), SMA Al-Wosto (seorang), SMA Darunnaim (2 orang) dan SMA Guai (seorang) serta dari PPD (3 orang).

Tag: 2019 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini