Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM SEHARI BERSAMA KONSEP SAINS

Pada 17 Julai 2019 (Rabu) yang lalu, Persatuan Sains SMAKT telah berjaya menganjurkan satu Program Sehari Bersama Konsep Sains. Program ini telah diadakan di Bilik Makmal Sains dan Dewan Terbuka PIBG.

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan konsep sains di dalam game. Disamping itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains serta dapat meningkatkan motivasi kepada pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran sains.

Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah pembuatan aiskrim, membina kapal terbang dan saving egg. Program ini telah bermula seawal jam 3 petang dan berakhir jam 6 petang. Penyertaan ini telah dibuka kepada semua pelajar.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini