Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS MUAFAKAT IBU BAPA BERSAMA KELAS TAHFIZ SMAKT SESI 2020

Satu program Muafakat Bersama Ibu Bapa anjuran Kelas Tahfiz SMAKT telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori. Program ini telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 8 Februari 2020 bersamaan 14 Jamadilakhir 1441H. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendengar pendapat, pandangan dan nasihat dari kedua-dua belah pihak iaitu daripada pihak pengurusan kelas tahfiz dan ibu bapa di samping dapat mengeratkan silaturrahim di antara kedua-dua belah pihak.

Majlis ini telah dimulakan dengan sesi pendaftaran dan para tetamu diminta untuk mengambil tempat di dalam dewan. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada wakil pelajar tahfiz. Selepas itu, GPK Pentadbiran & Kurikulum iaitu Ustaz Badrul Hisham bin Abd Aziz telah dijemput untuk berucap sekaligus membentangkan perjalanan kelas tahfiz sepanjang tahun. 

Susulan daripada hasil pembentangan tersebut, satu sesi dialog bersama ibu bapa telah diadakan bagi memberi pandangan serta buah fikiran yang sangat bernas agar dapat memantapkan lagi perancangan yang telah dibuat. Semoga segala kerjasama serta kebaikan yang telah diberikan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Tag: 2020 Tahfiz

0 komen

Sila berikan komen anda di sini