Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SARINGAN TALASEMIA

SMAKT – Pelajar dari tingkatan 4 sekolah ini telah pun selamat menjalani ujian saringan talasemia. Ujian ini telah dilakukan di bilik kesihatan oleh beberapa orang kakitangan dari Klinik Kesihatan  Daerah Temerloh. Saringan telah dilakukan seawal jam 9.00 pagi pada 28 Februari (Rabu) yang lalu. 

 
Bersama ini disertakan sedikit info mengenai talasemia. "Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk."

Tag: 2018 kesihatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini