Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2018

SMAKT -  Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar 2018 pula menyusul selepas ia dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Nor Azmi Bin Mat Ludin. DIMP. Penerima hadiah cemerlang ini terdiri daripada 14 orang pelajar cemerlang PT3 (11A hingga 7A),  31 orang pelajar cemerlang SMA (Mumtaz & Mumtaz Sufi), 46 orang pelajar cemerlang SPM (11A hingga 7A) dan 27 orang pelajar cemerlang STAM (Mumtaz & Jayyid Jiddan). 

Ucapan tahniah kepada semua para pelajar yang telah menerima anugerah tersebut. Semoga segala usaha dan sumbangan mereka-mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun sebaliknya mendapat keredhaan Allah. 

Aturcara Majlis:
  • Ketibaan Perasmi :
  • YB. Dato’ Hj. Nor Azmi bin Mat Ludin. DIMP. & dif-dif Jemputan.
  • Bacaan Al-Quran.
  • Ucapan Pengetua.
  • Ucapan Yang Dipertua PIBG.
  • Ucapan Perasmian.
  • Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar 2018.
  • Bacaan Doa & Bersurai

Tag: 2019 Hari Kecemerlangan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini