Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SEMINAR KERJA KURSUS BALAGHAH DAN ADAB NUSUS STAM

SMAKT – Seminar kerja kursus bagi matapelajaran Balaghah Dan Adab Nusus telah berjaya diadakan pada 29 Mac 2018 (Khamis) bersamaan 11 Rejab 1439H. Seminar ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Sasaran seminar ini adalah tertumpu kepada 74 orang pelajar tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan STAM pada tahun ini. 

Taklimat kerja kursus matapelajaran Balaghah ini telah disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin. Beliau merupakan ketua pentaksir bahagian pusat. Manakala taklimat kerja kursus bagi matapelajaran Adab dan Nusus pula telah disampaikan oleh Ustazah Asmanizam. Beliau pula merupakan ketua pentaksir Adab dan Nusus Negeri.

Semoga semua pelajar memperolehi manfaat dan ilmu hasil dari seminar ini. Semoga semua beroleh kejayaan, cemerlang di dunia dan di akhirat.

Tag: 2018 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini