PERTANDINGAN BOWLING PELAJAR TAHFIZ PEREMPUAN
26 Julai 2017, Rabu: Satu acara pertandingan bowling Anjuran Kelas Tahfiz SMAKT telah berjaya diadakan di Star Mall Mentakab. Seramai 29 orang peserta tingkatan 1 dan 2 yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja telah menyertai pertandingan tersebut. Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru pengiring ke acara tersebut. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 7 petang. Acara penyampaian hadiah telah...
PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SESI 2018
PENGUMUMAN!!!
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2018 di sekolah-sekolah Agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang telah pun dibuka mulai 1 Ogos sehingga 22 September 2017.
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2018 di sekolah-sekolah Agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang telah pun dibuka mulai 1 Ogos sehingga 22 September 2017.
Semua permohonan adalah secara online sahaja melalui: http://esma.pahang.gov.my
PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN PERSATUAN SENI MEMANAH PAHANG (PESMA)
29 Julai 207, Sabtu : Kelab Memanah SMAKT telah mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan memanah dan telah berjaya menempa nama apabila tersenarai sebagai pemenang dalam Pencapaian 15 terbaik di Pertandingan Memanah yang telah diadakan di Chenor sempena Sambutan Pesta Air Chenor Pahang 2017. Acara pertandingan memanah ini adalah di bawah anjuran Persatuan Seni Memanah Pahang (PESMA).
Seramai 5 orang peserta dan seorang guru pengiring dari Kelab Memanah SMAKT telah dihantar...
SEMINAR KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN TING 3 (PT3) 2017
Satu Seminar Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 telah pun berjaya diadakan selama 3 hari bermula dari hari Jumaat sehingga hari Ahad di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut. Seminar ini telah diadakan pada 28 haribulan sehingga 30 haribulan Julai 2017 yang lalu. Sasaran seminar ini lebih tertumpu kepada semua pelajar Tingkatan 3 seramai 202 orang.
Objektif utama seminar ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan teknik-teknik menjawab soalan...