Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2018

14 Disember 2017, Khamis : Seawal jam 8.00 pagi perkarangan SMAKT sudah mula dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan para pelajar yang telah berjaya semasa temuji yang lalu untuk membuat pendaftaran kemasukan ke tingkatan 1 bagi sesi 2018. 

Sebelum sesi pendaftaran ibu bapa telah diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan pelbagai pembayaran yang perlu dibayar bagi proses pendaftaran tersebut. Taklimat ini telah diadakan di Dewan Utama, yang mana ianya telah disampaikan oleh Ustaz Badrul...

Tag: smakt Pendaftaran Tingkatan 1 Aktiviti 2018

Papar Artikel

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 2017

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua anak-anak didik SMAKT. Mari kita sama-sama Aamiinkan doa ini:

“ Ya Allah, mudahkan urusan anak-anak ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalanan mereka menuju ke Dewan Peperiksaan, lindungi dari halangan dan rintangan.

Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan merea, ingatkan apa yang...

Tag: smakt Peperiksaan

Papar Artikel

BERAKHIR SUDAH PEPERIKSAAN PT3 2017

12 Oktober 2017, Khamis : Alhamdulillah berakhir sudah Peperiksaan PT3 2017 bagi semua pelajar tingkatan 3 SMAKT khasnya. Peperiksaan ini telah dilaksanakan selama empat hari bermula 9 Oktober sehingga 12 Oktober 2017. Seramai 202 orang pelajar dari tingkatan tiga telah menduduki peperiksaan ini. Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar agar memperoleh keputusan yang cemerlang. 

Tag: smakt PT3 2017 Kurikulum

Papar Artikel

TEMU UJI PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SESI 2018

14 Oktober 2017, Sabtu: Temu uji permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah dijalankan pada 14 Oktober yang lalu dengan jayanya. Ianya dijalankan serentak di 17 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN).

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diketuai Penolong Pengarah Ustaz Lebai Idris Ali bersama pegawai dan penyelia dari Bahagian Pendidikan JAIP turut turun padang secara serentak pada hari tersebut untuk memantau kesemua sekolah agar temu uji...

Tag: TEMU UJI smakt Aktiviti 2018