PERTANDINGAN SUKAN MASISUPA PERINGKAT SEKOLAH 2019
Pertandingan MASISUPA peringkat sekolah bagi acara sukan sedang berlangsung dengan jayanya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pengerusi Pengelola Sukan bermula dari 28 Januari dan akan berakhir pada 31 Januari 2019. Acara yang dipertandingkan adalah takraw, futsal, bola jaring, bola tampar, ping pong dan catur.
Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam acara sukan bagi MASISUPA serta dapat memberi peluang bagi pelajar untuk mendapat...
MAJLIS SANTAPAN / JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA MEMULIAKAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
Seramai 40 orang pelajar beserta 2 orang guru pengiring telah berpeluang menghadiri Majlis Santapan / Jamuan Kesyukuran Sempena Memuliakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersempena pelantikan baginda sebagai Yang DiPertuan Agong ke-16 di Masjid Baharu Temerloh pada hari Jumaat, 25 Januari 2019 bersamaan 19 Jamadil Awal 1440H.
SEMANGAT KESUKANAN
Latihan dan pemilihan peserta untuk acara sukan di peringkat sekolah amnya dan MASISUPA khasnya sedang rancak dijalankan. Latihan sukan akan dijalankan di sebelah petang selepas selesai sesi persekolahan. Ini merupakan salah satu usaha sebagai persediaan peserta dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pertandingan antara rumah sukan yang akan diadakan pada 28 hingga 31 Januari 2019. Selamat maju jaya buat semua peserta.
PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 2019
TARIKH
23 Januari 2019
HARI
Rabu
MASA
3.00 petang
TEMPAT
- Rumah Kuning - Dewan Al-Abqori
- Rumah Merah – Surau
- Rumah Biru – Dewan PIBG
- Rumah Hijau - Kantin
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar & Guru SMAKT
AKTIVITI
- Melantik Ketua & Penolong Rumah Sukan
- Melantik AJK Rumah Sukan
- Menentukan Yuran Rumah Sukan
- Mendaftar Peserta Mewakili Rumah Sukan...