PROGRAM KELAB MALAYSIAKU
Satu program ceramah bertajuk Panduan Pengacara Majlis dibawah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Temerloh Dan Kelab Malaysiaku telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Program ini disasarkan kepada ahli kelab Malaysiaku seramai 55 orang.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta panduan kepada pelajar mengenai panduan sebagai seorang pengacara majlis yang berketrampilan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Temerloh iaitu En. Azri...
MASISUPA ZON 3 2019
Alhamdulillah tahniah dan syabas di atas kejayaan semua kontinjen dari SMAKT yang telah menyertai MASISUPA di peringkat Zon 3 kali ke-35. MASISUPA kali ini telah berlangsung di SMA Pelangai, Bentong bermula dari 21 hingga 24 Mac 2018 yang lalu. SMAKT telah berjaya meraih Johan keseluruhan bagi acara Ilmiah, manakala SMA Chenor pula Johan keseluruhan bagi acara Sukan. Secara keseluruhannya Johan diduduki SMA Chenor, Naib Johan SMAKT, manakala SMA Guai menduduki tempat ke-3. Zon 3 telah...
LAWATAN KERJA SMA AL-WOSTO KE SMA AL-KHAIRIAH
Pada 25 Februari 2019 (Isnin) yang lalu, SMA Al-Khairiah telah menerima kunjungan istimewa dari warga SMA Al-Wosto bersempena dengan Lawatan Kerja. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut, Tuan Pengetua Al-Wosto iaitu Puan Siti Meriam binti Mohamad dan Cikgu Norhayati binti Sulaiman.
Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan usahasama dan kerjasama dalam membersihkan dan menceriakan persekitaran sekolah.
Semoga aktiviti lawatan kerja ini juga dapat memberi...
CERAMAH PEMBELAJARAN BERKESAN
Program ceramah bertajuk Pembelajaran Berkesan telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari pada 22 Februari yang lalu. Sasaran program ini tertumpu kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Syed Mahir bin Syed Alwi dari SMK Abu Bakar Temerloh.