LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) 2019
Pada 21 Februari (Khamis) yang lalu, SMAKT telah menjalankan latihan kebakaran buat kali pertama untuk tahun ini di Dataran Al-Muttaqin. Latihan bermula jam 8.10 dan telah berakhir jam 10.10 pagi. Cikgu Khairul Azhar Bin Abd Majid telah dilantik sebagai guru penyelaras bagi program latihan kebakaran ini.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang cara untuk bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Selain itu ia juga bertujuan...
PERSEDIAAN KE MASISUPA DI PERINGKAT ZON 3 SEDANG GIAT DIJALANKAN
Semua peserta bagi acara sukan dan ilmiah dari SMAKT sedang giat menjalani latihan dari segi mental mahupun fizikal. Latihan ini adalah untuk menghadapi kejohanan MASISUPA kali ke-35 di Peringkat Zon 3 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Februari 2019 di SMA Pelangai. Sesi latihan akan dijalankan di sebelah petang selepas selesai sesi pembelajaran di sebelah pagi. Semoga kejayaan mengiringi kalian, insyaallah.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MASISUPA PERINGKAT SEKOLAH DI SAMBUT DENGAN MERIAH
1 FEB 2019, Jumaat : Majlis Penyampaian Hadiah & Perasmian dan Penutup MASISUPA Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan penuh gilang- gemilang. Acara pertandingan MASISUPA di Peringkat Sekolah ini telah bermula dari 28 haribulan dan berakhir pada 31 Januari yang lalu. Kemudian diikuti pula dengan acara Larian Al-Khairiah yang telah diadakan pada 1 Februari 2019.
Acara pada hari tersebut bermula selepas selesai perhimpunan seawal jam 7.00 pagi. Acara dimulai...
SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG LARIAN AL-KHAIRIAH
JUMLAH PINGAT :
MERAH | 2 Emas | 1 Perak | 2 Gangsa
KUNING | 0 Emas | 3 Perak | 2 Gangsa
KUNING | 0 Emas | 3 Perak | 2 Gangsa
HIJAU | 2 Emas | 0 Perak | 0 Gangsa
BIRU | 2 Emas | 2 Perak | 2 Gangsa
Senarai Keputusan:
| 1 | KATEGORI A (LELAKI) ...