HARI PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN TINGKATAN 1 SESI 2019
7 Januari 2018, Isnin: Hari Pendaftaran Pelajar Rayuan Tingkatan 1 sesi 2019 telah diadakan di Dewan STAM. Pendaftaran ini telah dilaksanakan melalui sistem online yang dilakukan oleh guru-guru yang bertugas. Seramai 23 orang pelajar rayuan telah mendaftar ke tingkatan satu di sekolah ini. Proses pendaftaran telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.00 pagi selepas selesai mendengar taklimat yang disampaikan oleh tuan pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin...
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
7 Januari 2018, Isnin: Satu majlis pelancaran Program ‘Jom Ke Sekolah’ dibawah anjuran Badan Disiplin SMAKT telah selesai dilaksanakan di Dataran Al-Muttaqin. Program ini telah dirasmikan oleh pegawai perhubungan sekolah iaitu Inspektor Norazan bt Hj. Mat Yusop.
Program jom ke sekolah ini adalah kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajar sekolah.
Objektif program ini adalah untuk...
TAKLIMAT APLIKASI ARMADA DI PERINGKAT SEKOLAH
4 Januari 2019, Jumaat: Satu taklimat kepada guru-guru berkenaan ARMADA di peringkat sekolah telahpun dilaksanakan pada pukul 3 petang di BiIik Mesyuarat SMAKT. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Badrul Hisham Bin Abdul Aziz selaku GPK Pentadbiran & Kurikulum.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar dengan lebih mendalam lagi berkenaan penulisan RPH secara elektronik dengan menggunakan perisian ARMADA.
TAKLIMAT MODUL PEMILIHAN ALIRAN DI TINGKATAN 4
3 Januari 2018, Khamis: Satu taklimat yang bertajuk Modul Pemilihan Aliran Di Tingkatan 4 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori. Taklimat ini adalah di bawah Penyelarasan Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMAKT.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada pelajar bagaimana cara mengenalpasti kekuatan pelajar bagi menentukan pemilihan aliran yang sesuai untuk mereka di tingkatan 4 berdasarkan pada skor PT3, PBD (penilaian bilik darjah)...
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada pelajar bagaimana cara mengenalpasti kekuatan pelajar bagi menentukan pemilihan aliran yang sesuai untuk mereka di tingkatan 4 berdasarkan pada skor PT3, PBD (penilaian bilik darjah)...