Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

UCAPAN MABRUK DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN MENGHAFAZ AL-QURAN JUZ 30

Alhamdulillah seramai empat orang pelajar dari Kelas Tahfiz Tingkatan 1 Al-Abrar telah berjaya menyelesaikan hafazan Al-Quran Juz 30. Bacaan ayat-ayat Al-Quran Juz 30 ini adalah terdiri dari juz yang terakhir dan jamak disebut dengan Juz 'Amma tersusun dari 37 surah-surah pendek.

Mereka adalah diantara 30 orang pelajar yang telah berjaya memasuki Kelas Tahfiz di sekolah ini.  Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi dan terus istiqamah dalam perjuangan menyebarkan Al-Quran. 

Tag: Tahfiz 2019

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 4, 5 & 6

12 Januari 2019, Sabtu: Satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar dibawah anjuran Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan pada malam Sabtu yang lalu. Majlis telah bermula seawal jam 8 malam dan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Sasaran utama program ini adalah kepada semua pelajar tingkatan 4, 5 dan 6.   

Program ini dibahagikan kepada 2 fasa, iaitu kecemerlangan dan motivasi. Ini kerana golongan pelajar sentiasa perlu diberikan motivasi, khususnya tentang...

Tag: 2019 motivasi

Papar Artikel

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASRAMA PUTERI

12 Januari 2019, Sabtu: Program Minggu Orientasi untuk pelajar tingkatan 1 Aspuri bagi sesi 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula dari 11 Januari sehingga 13 Januari.

Antara objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhwah antara pelajar asrama serta mendedahkan mereka dengan budaya dan persekitaran kehidupan di asrama. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ice breaking, malam warna-warni, aktiviti rempuhan, night walk dan...

Tag: 2019 Orientasi

Papar Artikel

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASRAMA PUTERA

5 Januari 2019, Ahad: Satu Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Aspura telah berjaya dijalankan pada 4 dan 5 Januari 2019 yang lalu. Program ini telah berlangsung selama 2 hari. Program ini telah dikawal selia oleh Warden dan AJK Asrama.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat diantara para pelajar. Selain itu ia juga dapat mewujudkan kerjasama di antara mereka serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Aktiviti yang...

Tag: 2019 Orientasi