PROGRAM KELAB MALAYSIAKU
Satu program ceramah bertajuk Panduan Pengacara Majlis dibawah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Temerloh Dan Kelab Malaysiaku telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Program ini disasarkan kepada ahli kelab Malaysiaku seramai 55 orang.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta panduan kepada pelajar mengenai panduan sebagai seorang pengacara majlis yang berketrampilan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Temerloh iaitu En. Azri bin Zainal Abidin dan Puan Irna Diana.