MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2018
SMAKT - Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar 2018 pula menyusul selepas ia dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Nor Azmi Bin Mat Ludin. DIMP. Penerima hadiah cemerlang ini terdiri daripada 14 orang pelajar cemerlang PT3 (11A hingga 7A), 31 orang pelajar cemerlang SMA (Mumtaz & Mumtaz Sufi), 46 orang pelajar cemerlang SPM (11A hingga 7A) dan 27 orang pelajar cemerlang STAM (Mumtaz & Jayyid Jiddan).
Ucapan tahniah kepada semua para pelajar yang telah menerima...
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI- 35 SESI 2017/2019
SMAKT – Mesyuarat Agung PIBG Kali- 35 sesi 2017/2019 telah berjaya diadakan Di Dewan Utama SMAKT pada 1 Mei 2019 (Rabu), bersamaan 25 Syaaban 1440H yang lalu. Mesyuarat Agung kali ini berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi hinggg 10.00 pagi. Pada tahun ini kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat PIBG sangat menggalakkan.
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35
i. Ucapan Pengerusi.
ii. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat...
FORUM IHYA’ RAMADHAN
Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) SMAKT telah mengadakan satu forum bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan. Forum ini telah diadakan pada hari Selasa, 30 April 2019 yang lalu dan bertempat di Dataran Al-Muttaqin SMAKT.
Ahli Forum tersebut ialah Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmydan Ustaz Syed Badrillah Bin Syed Mohamad. Forum yang diadakan telah membincangkan tentang hukum hakam dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dibulan Ramadhan. Di dalam forum kali ini juga ahli panel telah...
SAMBUTAN HARI GURU 2019
Pada 29 April 2019 (Isnin) yang lalu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Badan Pengawas telah terlibat sepenuhnya di dalam membuat perancangan, persediaan, persiapan dan seterusnya mengendalikan perjalanan majlis.
Terdapat 2 kategori acara yang disediakan iaitu indoor (gubahan kain batik, hiasan kek dan membuat kerabu) dan outdoor (bowling kelapa, sepak takraw dan bola jaring).
Semua acara yang...
