AGIHAN BANTUAN WANG ZAKAT MUIP
Seramai 1022 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Al-KHairiah Temerloh (SMAKT) di sini telah menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Temerloh. Sumbangan pendidikan ini telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Saadon. Tujuan sumbangan pendidikan ini adalah bagi membantu meringankan beban penjaga dalam menyediakan keperluan sekolah dan sumbangan ini akan diberikan kepada pelajar pada setiap tahun.