UJIAN RINTIS MUAT
GPK Pentadbiran dan Kurikulum iaitu Ustaz Badrul Hisham bin Abd Aziz bergambar bersama barisan pemeriksa Rintis MUAT selepas selesai ujian dijalankan kepada 83 orang pelajar tingkatan 6 dari sekolah ini. Rintis MUAT (Malaysian University Arabic Test) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 April 2019 (Rabu) yang lalu. Ujian ini diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UNISZA.
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019 (PBAKL)
Peserta rombongan tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar bersama Ustazah Fatimah Syarha, seorang novelis yang berdakwah melalui penulisannya. Sebanyak 2 buah bas dari SMAKT telah membawa pelajar-pelajar mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) pada 7 April (Ahad) yang lalu.
LADAP SIRI 2 (OUTDOOR AKTIVITIES)
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) adalah untuk merangka aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk guru agar sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran dalam pendidikan alaf 21. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan amat besar dan penting dalam merealisasikan kecemerlangan para pelajar.
Justeru itu, pada tarikh 6 April 2019 yang lalu, guru-guru...
LADAP SIRI 2 (INDOOR)
SMAKT - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 2 bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada 6 April 2019 (Sabtu) yang lalu. Kursus ini telah diadakan di Asia Camp Resort, Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut Pahang.
Bagi siri LADAP kali ini, pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang iaitu Encik Saruchi bin Sawal, AMP. Ceramah yang disampaikan...