BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2018, DI ADTEC JERANTUT
SMAKT – Satu Bengkel Kecemerlangan SPM 2018 telah berjaya diadakan di ADTEC Jerantut, Pahang. Bengkel ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari tarikh 3hb hingga 5hb Ogos 2018 yang lalu. Sasaran bengkel ini tertumpu kepada 172 orang pelajar tingkatan 5 sahaja yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Objektif utama bengkel ini diadakan ialah bagi meningkatkan pencapaian pangkat A dan kualiti bagi setiap mata pelajaran yang diambil melalui teknik menjawab yang...
PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG
SMAKT – Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Bersijil 2017 tajaan Yayasan Pahang telah berjaya diadakan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Majlis telah bermula seawal jam 8.15 pagi dan diadakan di Dataran Al-Muttaqin. Hadiah kecemerlangan ini telah disampaikan oleh tuan pengetua SMAKT iaitu Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail.
Sasaran penerima hadiah cemerlang ini terdiri daripada 63 orang pelajar Mumtaz dari peperiksaan SMA, 3 orang pelajar 10A dari peperiksaan SPM dan...
SEMINAR DAN BENGKEL KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STAM 2018
SMAKT – Seminar Dan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STAM) Tahun 2018 telahpun berjaya diadakan di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang. Sasaran utama seminar tertumpu kepada 46 orang pelajar yang sedang menduduki tingkatan 6 di sekolah ini. Guru yang terlibat sebagai guru pengiring untuk seminar ini adalah Ustaz Syed Badrillah Bin Syed Mohamad, Ustazah Yusra Ilyani Bt Faridzul Izan dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah Binti Azieh,
Bengkel ini diadakan selama 3 hari...
HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
SMAKT - Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 6 telah berjaya dijalankan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah dan menjadi medan pertemuan di antara guru, pelajar dan ibu bapa bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan.
Dengan adanya program seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka,...
