HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 & SMA 2018
SMAKT – 7 September 2018 (Jumaat), Hari Pelaporan Keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 dan SMA telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Keputusan peperiksaan percubaan mula diserahkan kepada penjaga seawal jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Ucapan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan ini. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa, berusahalah bersungguh-sungguh untuk beroleh kejayaan semasa peperiksaan sebenar....
PROGRAM BICARA FIQH WANITA 2018
SMAKT – Satu program bicara fiqh wanita bertajuk Haid dan Permasalahan di bawah anjuran Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) telah berjaya diadakan pada sebelah petang 5 September 2018 (Rabu) yang lalu. Program ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori.
Program ini telah disertai oleh pelajar perempuan dari tingkatan 2 sahaja. Ustazah Zuraina bt Zulkarnine dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah bt Azieh merupakan penceramah jemputan untuk program ini.
Program ini telah disertai oleh pelajar perempuan dari tingkatan 2 sahaja. Ustazah Zuraina bt Zulkarnine dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah bt Azieh merupakan penceramah jemputan untuk program ini.
Objektif utama bicara fiqh wanita ini diadakan...
LADAP INTEGRITI DAN TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM
SMAKT – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada 29 Ogos 2018 (Rabu) yang lalu bertempat di Dewan Al-Abqori. Penceramah jemputan didatangkang khas dari Pejabat SUK Negeri Pahang iaitu En. Mahazan bin Ismail yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Integriti.
Tajuk kursus yang dibawa pada kali ini ialah Integriti Dan Tanggungjawab Penjawat Awam. Pengisian LADAP kali ini lebih menjurus kepada...
BENGKEL MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2018
SMAKT – Satu Bengkel Matematik Tambahan telah berjaya diadakan pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) yang lalu. Bengkel ini adalah dibawah anjuran Panitia Matematik Tambahan. Seramai 62 orang pelajar dari tingkatan 5 Ibnu Sina dan Ibnu Rush telah menyertai bengkel tersebut. Semasa bengkel dijalankan mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mempunyai 2 sesi iaitu sesi pertama bermula jam 7.45 pagi hingga 9.45 pagi dan sesi kedua bermula jam 10.15 pagi hingga 12.15 tengahari.
Objektif...
