Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

CERAMAH DISIPLIN 2018

SMAKT – Satu ceramah disiplin telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin bermula pukul 7.30 pagi pada hari Rabu (4 Julai 2018) yang lalu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Norazan bt Hj Mat Yusop.

Dalam ceramah ini, para pelajar telah diingatkan tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu diikuti oleh mereka. Para pelajar juga telah diminta untuk merujuk kepada buku disiplin sekolah agar mereka jelas akan segala peraturan dan hukuman jika...

Tag: 2018 Aktiviti

Papar Artikel

PROGRAM MOH MAKAN DEGHIAN

SMAKT - Program Moh Makan Deghian anjuran pihak Asrama  telah diadakan dengan meriahnya pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu. Program ini telah diadakan di Dataran Asrama. Seramai 480 orang penghuni dari Asrama Umar Abdul Aziz, Amru Ibnu Al-Asr dan Fatimah Az-Zahra’ telah menikmati kelazatan dan keunikan durian dari daerah ini. Pelajar juga turut dihidangkan dengan buah rambutan yang terdiri dari pelbagai jenis antaranya rambutan gading. 

Tujuan utama program ini adalah sebagai...

Tag: 2018 Aktiviti

Papar Artikel

BENGKEL BAHASA ARAB SPM 2018

SMAKT – Bengkel Mata Pelajaran Bahasa Arab 2018 telahpun berjaya diadakan di Dewan Utama SMAKT. Bengkel ini telah diadakan pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu. Seramai 144 orang pelajar telah menyertai bengkel tersebut. Mereka terdiri dari tingkatan 5B Ibnu Rusyd, 5C Al-Khawarizmi, 5D Al-Farabi, 5E Al-Biruni dan 5F A-Razi.

Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Ustaz Shaifuddin Bin Abu Samah yang telah didatangkan khas dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  Temerloh. Bengkel ini...

Tag: 2018 Bahasa Arab smakt

Papar Artikel

BENGKEL KIMIA SPM 2018

SMAKT – Satu Bengkel Kimia telah berjaya diadakan di Bilik Media 1 SMAKT pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu. Bengkel ini adalah dibawah anjuran Panitia Kimia. Sasaran bengkel ini adalah kepada pelajar tingkatan 5A Ibnu Sina (Sains Tulin) seramai 28 orang yang mana mereka akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

Penceramah untuk bengkel kimia ini disampaikan oleh Cikgu Peong Binti Abdullah dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  Temerloh. Objektif utama bengkel ini diadakan...

Tag: 2018 spm bengkel