KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD TEMERLOH 2018 BAWAH 12, 15 & 18 TAHUN
SMAKT – Kejohanan Bola Tampar MSSD Temerloh Bawah 12, 15 & 18 Tahun telah berlangsung dengan jayanya di SMK Hwa Lian Mentakab. Ianya telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula dari 18 hingga 19 April 2018. SMAKT telah menghantar dua pasukan iaitu penyertaan bagi kategori lelaki dan perempuan di bawah 18 tahun.
Dikejohanan kali ini, kedua-dua Pasukan Bola Tampar dari SMAKT hanya mampu menduduki di tempat yang keempat. Majlis penyampaian hadiah kejohanan bola tampar telah...
MOH KE HARI TERBUKA IKTBN TEMERLOH
SMAKT – Sempena Hari Terbuka IKTBN Lanchang Temerloh, pihak sekolah telahpun menghantar wakil dari kalangan pelajar seramai 38 orang beserta 2 orang guru pengiring (Ustazah St Rahmah Binti Watak & Ustazah Zuraina Binti Zilkarnine) untuk bersama-sama menyertai program tersebut.
Program ini telah diadakan pada 18 April 2018 (Rabu) dan bermula seawal 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. Pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya demonstrasi, pameran inovasi, jelajah workshop, taklimat...
PROGRAM PENGUASAAN BAHASA ARAB
SMAKT – Satu Program Penguasaan Bahasa Arab di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab telah berjaya diadakan pada hari Rabu bertarikh 18 April 2018. Ustazah Yusra Ilyani Bt Faridzul Izan telah diamanahkan sebagai penyelia untuk program ini agar ianya berjalan lancar. Program ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 Abrar sahaja.
Menurut Ustazah Yusra, program ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih pelajar...
MODUL AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH (PENGAKAP)
Satu taklimat berkaitan langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas pemasangan khemah jenis Dome kepada peserta Uniform Pengakap telah diadakan di Dewan Terbuka PIBG pada 16 April 2018. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Firdaus Bin Abd Ghaffar selaku guru penasihat Pengakap.
Taklimat ini adalah sebagai persiapan kepada peserta yang akan mengikuti perkhemahan Jambori Pengakap yang akan diadakan pada 25 hinggga 30 April 2018 di Kem Tengku Mahkota di Bandar Jengka.
Taklimat ini adalah sebagai persiapan kepada peserta yang akan mengikuti perkhemahan Jambori Pengakap yang akan diadakan pada 25 hinggga 30 April 2018 di Kem Tengku Mahkota di Bandar Jengka.