SEMINAR PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SPM 2018
SMAKT – Satu seminar Pendidikan Al-Quran Dan Sunnah (PQS) di bawah anjuran Panitia PQS telah berjaya diadakan pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) yang lalu. Seminar ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori. Sasaran seminar ini adalah kepada 112 orang pelajar dari tingkatan 5 Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Al-Biruni dan Ar-Razi sahaja. Seminar ini telah disampaikan oleh En. Ayob bin Mohd Ali. Beliau didatangkan khas dari SMK Seksyen 18, Shah Alam Selangor. Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk...
CERAMAH DISIPLIN SESI KE-2 2018
SMAKT – Satu ceramah disiplin telah diadakan pada 3 Ogos 2018 (Jumaat) yang lalu dan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Ceramah ini bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 9 pagi. Sasaran ceramah ini adalah kepada semua pelajar tingkatan 1 sahaja seramai 209 orang. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Insp Norazan bt Mohd Yusof. Tajuk ceramah tersebut ialah Strategi Pencegahan Jenayah Dalam Konteks PDRM.
MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN USTAZAH ST RAHMAH BERSAMA PELAJAR SMAKT
SMAKT –17 Ogos 2018 (Jumaat) Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin bagi meraikan persaraan GPK HEM iaitu Ustazah ST Rahmah bt Hj Watak bersama warga SMAKT khususnya bersama para pelajar.
Majlis disambut dalam suasana yang begitu hening penuh dengan perasaan sayu dan hiba. Namun tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya riak wajah yang terpapar tanpa bicara. Telah banyak jasa dan bakti yang dicurahkan oleh beliau demi kejayaan anak-anak...
MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN USTAZAH ST RAHMAH BERSAMA GURU & KAKITANGAN
SMAKT - Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi bagi meraikan persaraan GPK HEM iaitu Ustazah ST Rahmah Bt Hj Watak bersama guru, kakitangan dan AJK PIBG telahpun berjaya diadakan pada 16 Ogos 2018 (Khamis) yang lalu. Majlis ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Temerloh Pahang. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, AMP. Majlis telah berlangsung seawal jam 8.00 malam dan telah berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Selamat bersara...
