PROGRAM KEMBARA KELAB MALAYSIAKU 2018

SMAKT – Seramai 8 orang peserta dari SMAKT telah menyertai Program Kembara Kelab Malaysiaku Daerah Temerloh Ke Kuantan. Program ini di bawah anjuran Jabatan Penerangan Daerah Temerloh dan telah disertai oleh 81 orang peserta dari 9 buah sekolah dari daerah ini. Program kembara ini telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2018 (Rabu) yang lalu. 

Menurut guru pengiring Cikgu Maizatul Akma bt Othman “Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara ahli kelab kerana mereka datang dari sekolah yang berlainan”. Destinasi kembara yang dituju kali ini antaranya ke Petrosains, UTC, Semambu dan ECM.

Tag: 2018 Aktiviti