JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

SMAKT - Jumaat, 26 Januari 2018 
~ Majlis Pertukaran Cikgu Norhayati Binti Sulaiman~

Sesungguhnya tiada siapa yang menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Tidak terluah dengan kata-kata betapa sedihnya perasaan kami kerana telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.
 
Pengorbanan dan jasa beliau kepada sekolah tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada anak didik SMAKT khususnya. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa, wang ringgit dan tenaga demi memastikan apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk sekolah.
 
Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di sekolah baru nanti. 
 
 
Kalau tidak kerana unggas,
Tidaklah rusak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.
 
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.
 
Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap disanjung.

Tag: 2018 perpisahan