
PROGRAM MOTIVASI “DESIGN YOUR DREAM”
21 Februari 2019, Khamis: Satu program motivasi telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Program bermula pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Sasaran motivasi ini adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 dan 2 sahaja.
Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Perunding Motivasi Aura Imtiyaz Training & Consultancy iaitu Ustazah Hanisah Bt Dato’ Hj Mohd Nor Afandi. Semoga semua pelajar beroleh manfaat hasil dari ilmu yang telah diberi.