PERTUKARAN PUAN NOR SHUHADA BINTI ISMAIL
SMAKT, 6 April 2018: Berakhirlah sudah perkhidmatan Puan Nor Shuhada Binti Ismail yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan (W19) selama 2 tahun di SMAKT.
Ini kerana beliau akan bertukar ke Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang sebagai Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (W22).
Dengan ini, kami dari pihak warga SMAKT ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan selama puan berada di sini dan semoga mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di tempat baru.
...
...
TAKLIMAT DIPLOMA MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG
SMAKT – Satu taklimat mengenai pengambilan pelajar tahfiz Diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang sesi 2018/ 2021 telahpun diadakan pada 5 Mac yang lalu. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT dan sasaran utama adalah kepada pelajar tingkatan enam (STAM).
Tujuan taklimat ini diadakan adalah kerana pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang ingin mengwar-warkan bahawa mereka telah membuka permohonan kemasukan pengambilan pelajar baru bagi Program Tahfiz Diploma Sesi 2018/ 2021...
MESYUARAT PENYEDIAAN TAKWIM SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA 2018 DI PERINGKAT NEGERI PAHANG
SMAKT – Bahagian Pendidikan JAIP telahpun mengadakan satu mesyuarat bagi Penyediaan Takwim Sempena Minggu Sains Negara 2018 Di Peringkat Negeri Pahang. Ianya telah diadakan di bilik mesyuarat SMAKT pada hari Selasa, 3 April 2018. Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Ust Abu Bakar Bin Mat Saad, Amp dan Penyelia Unit Kurikulum Ust Mazfadillah Bin Mat Dewa.
Mesyuarat tersebut diadakan adalah kerana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan...
PERLAKSANAAN SEGAK 2018
Perlaksaanaan Ujian SEGAK 2018 kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam telah pun bermula semalam bertarikh 2 April 2018. Ujian SEGAK ini telah dilaksanakan di Dewan Al-Abqori, SMAKT. Di hari pertama perlaksanaannya, sebanyak tiga kelas dari tingkatan satu telah berjaya menjalani ujian tersebut. Ianya bermula Seawal jam 3 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang.
Ujian SEGAK ini akan dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh SU PAJSK...
