PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SESI 2018
PENGUMUMAN!!!
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2018 di sekolah-sekolah Agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang telah pun dibuka mulai 1 Ogos sehingga 22 September 2017.
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2018 di sekolah-sekolah Agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang telah pun dibuka mulai 1 Ogos sehingga 22 September 2017.
Semua permohonan adalah secara online sahaja melalui: http://esma.pahang.gov.my
PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN PERSATUAN SENI MEMANAH PAHANG (PESMA)
29 Julai 207, Sabtu : Kelab Memanah SMAKT telah mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan memanah dan telah berjaya menempa nama apabila tersenarai sebagai pemenang dalam Pencapaian 15 terbaik di Pertandingan Memanah yang telah diadakan di Chenor sempena Sambutan Pesta Air Chenor Pahang 2017. Acara pertandingan memanah ini adalah di bawah anjuran Persatuan Seni Memanah Pahang (PESMA).
Seramai 5 orang peserta dan seorang guru pengiring dari Kelab Memanah SMAKT telah dihantar...
SEMINAR KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN TING 3 (PT3) 2017
Satu Seminar Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 telah pun berjaya diadakan selama 3 hari bermula dari hari Jumaat sehingga hari Ahad di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut. Seminar ini telah diadakan pada 28 haribulan sehingga 30 haribulan Julai 2017 yang lalu. Sasaran seminar ini lebih tertumpu kepada semua pelajar Tingkatan 3 seramai 202 orang.
Objektif utama seminar ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan teknik-teknik menjawab soalan...
BENGKEL SKOR LULUS SMA
Satu Bengkel bagi mata pelajaran Peperiksaan SMA telah berjaya diadakan pada 1 sehingga 4 Ogos 2017 yang lalu. Ia telah berjalan selama empat hari bermula dari hari selasa sehinggalah hari Jumaat. Bengkel ini telah di adakan di Dewan Al-Abqori SMAKT.
Sasaran bengkel ini lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SMA pada tahun ini. Sebanyak 10 mata pelajaran Bouth telah dilaksanakn bengkelnya oleh guru-guru mata pelajaran tersebut. Seramai 181 orang...