PERLAKSANAAN SEGAK 2018

Perlaksaanaan Ujian SEGAK 2018 kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam telah pun bermula semalam bertarikh 2 April 2018. Ujian SEGAK ini telah dilaksanakan di Dewan Al-Abqori, SMAKT. Di hari pertama perlaksanaannya, sebanyak tiga kelas dari tingkatan satu telah berjaya menjalani ujian tersebut. Ianya bermula Seawal jam 3 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. 
 
Ujian SEGAK ini akan dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh SU PAJSK & SEGAK iaitu Cikgu Siti Rohaida Bt Mohd Taha.
 
Apa yang perlu anda tahu mengenai perlaksanaan SEGAK? Jom kita bersama-sama membaca sedikit info mengenai segak.
 
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh pelajar sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur".
   
" Badan Cergas Otak Cerdas"

Tag: 2018 SEGAK & PAJSK