BENGKEL KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2018
SMAKT – Satu Bengkel Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari dan di Bilik Media 1. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh penyelaras program.
Bengkel ini telah diadakan pada 4 dan 5 Ogos 2018, kemudian bersambung pada minggu berikutnya selepas para pelajar menduduki peperiksaan percubaan iaitu pada 11 dan 12 Ogos 2018 yang lalu. Sasaran bengkel ini tertumpu kepada 203 orang pelajar dari tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.
Objektif utama bengkel ini antaranya ialah untuk memberikan pendedahan dan teknik menjawab soalan dengan betul dan tepat, dapat memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran berteraskan peperiksaan serta dapat membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Di akhir bengkel ini adalah diharapkan agar pelajar dapat meningkatkan pemahaman tentang cara menjawab soalan peperiksaan PT3 yang betul dan dapat mempraktikkannya dalam peperiksaan yang sebenar.
Berikut adalah senarai penceramah yang dijemput khas untuk bengkel tersebut:
1) Bahasa Melayu | En. Ahmad Nizam Bin Abdul Jalil | SMK Paya Pulai Temerloh
2) Matematik | En. Muhammad Khalim Bin Rejab Ali | SMK (LKTP) Kampung Awah
3) Bahasa Inggeris | En. Justin Lee Woei Shyong | SMK Seri Bahagia Temerloh
4) Sains | Pn. Yuhanis Aida Bt Abd Rahman | SMK Hwa Lian Mentakab
5) Bahasa Arab | Pn. Aisahah Bt Sahak@Ishak | SMK Sultanah Hajah Kalsom Kuantan
6) KHP P4 | En. Mohd Azahari Bin Mohd | SMK Hwa Lian Mentakab
7) Pendidikan Islam | Pn. Naemah Bt Ibrahim | SMK Temerloh