KEMPEN 5M "SAYANGI BUKU TEKS" TAHUN 2018
SMAKT – Pelancaran Kempen 5M Sayangi Buku Teks 2018 telah berjaya diadakan pada 1 Jun 2018 (Jumaat) yang lalu di Dataran Al-Muttaqin. Program 5M ini akan berlangsung sepanjang tahun bermula daripada bulan Februari sehingga bulan November 2018 dan sasaran utamanya adalah kepada semua pelajar SMAKT.
Objektif utama program ini antaranya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya penjagaan buku teks, untuk menyemai rasa cinta kepada buku teks dan juga untuk...
TAKLIMAT GURU KALI - 1 2018
SMAKT - Satu taklimat khas guru kali-1 bagi tahun 2018 berkaitan dengan MS ISO 9001:2015 telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat SMAKT pada 19 Mei (Sabtu) yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMAKT sendiri iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail. Taklimat kali ini lebih tertumpu kepada Prosedur Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada semua guru-guru berkaitan beberapa prosedur yang perlu dilakukan...
TADARUS AL-QURAN
Pelajar-pelajar SMAKT mengikuti aktiviti tadarus Al-Quran yang dijalankan setiap pagi bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Al-Quran sentiasa di hati anak-anak kita.
GOTONG-ROYONG PERDANA 2018
SMAKT – Acara gotong-royong perdana fasa 1 bagi persiapan pemantauan 4K telahpun berjaya diadakan pada 16 Mei 2018 (Rabu) yang lalu. Tepat jam 9.30am semua pelajar telah berkumpul di Dataran Al-Muttaqin SMAKT untuk menerima tugasan pembahagian kawasan masing-masing. Gotong royong ini telah melibatkan semua guru, kakitangan dan pelajar.
Selain dari pemantauan, ia juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria, kondusif dan selamat serta dapat meningkatkan kesedaran...
