TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN ANDA SPM 2018
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2018 yang telah mencipta sejarah kejayaan yang membanggakan seluruh warga SMAKT.
Keputusan SPM tahun 2018 telah pun diumumkan pada hari Jumaat, 14 Mac 2019 yang lalu. Bagi keputusan keseluruhannya SMAKT dan SMATAF telah memperoleh GPS yang sama iaitu sebanyak 3.27.
Namun demikian SMAKT telah menduduki ranking yang pertama daripada 18 buah sekolah SMAN apabila hampir 50 peratus pelajar dari sekolah ini telah memperoleh 5A hingga 11A ....
PERTANDINGAN ACARA MEMANAH RECURVE MASISUPA NEGERI
Pada 9 Mac 2019 yang lalu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Acara Memanah Recurve di SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Tekam Jerantut Pahang. Ustazah Zamila binti Aziz dan Ustazah Najihah binti Zakaria telah ditugaskan untuk mengiringi peserta.
Peserta dari SMAKT, Muhammad Akif telah berjaya menduduki ranking 3 sekaligus melayakkan diri mewakili negeri Pahang ke UITM Lendu Melaka. Manakala seorang lagi peserta iaitu Al Waiz Bin Ahmad...
PROGRAM KELAB MALAYSIAKU
Satu program ceramah bertajuk Panduan Pengacara Majlis dibawah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Temerloh Dan Kelab Malaysiaku telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Program ini disasarkan kepada ahli kelab Malaysiaku seramai 55 orang.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta panduan kepada pelajar mengenai panduan sebagai seorang pengacara majlis yang berketrampilan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Temerloh iaitu En. Azri...
MASISUPA ZON 3 2019
Alhamdulillah tahniah dan syabas di atas kejayaan semua kontinjen dari SMAKT yang telah menyertai MASISUPA di peringkat Zon 3 kali ke-35. MASISUPA kali ini telah berlangsung di SMA Pelangai, Bentong bermula dari 21 hingga 24 Mac 2018 yang lalu. SMAKT telah berjaya meraih Johan keseluruhan bagi acara Ilmiah, manakala SMA Chenor pula Johan keseluruhan bagi acara Sukan. Secara keseluruhannya Johan diduduki SMA Chenor, Naib Johan SMAKT, manakala SMA Guai menduduki tempat ke-3. Zon 3 telah...